Home » Perutusan Pengarah
Institut Perakaunan Negara atau lebih dikenali sebagai IPN merupakan institut latihan awam di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang berdaya saing dalam menempuh arus globalisasi yang amat mencabar.
Selamat datang ke Portal Rasmi Institut Perakaunan Negara (IPN)
Institut Perakaunan Negara atau lebih dikenali sebagai IPN merupakan institut latihan awam di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang berdaya saing dalam menempuh arus globalisasi yang amat mencabar. IPN berperanan untuk membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam melalui kursus-kursus yang ditawarkan.
Memberi Perkhidmatan Berkualiti
IPN – Core Center Kursus Generik Kewangan
Penerbitan Jurnal dan Penyelidikan
Maklumat berhubung kemudahan yang ditawarkan oleh IPN juga boleh diperolehi dalam Laman Rasmi IPN bagi memudahkan pihak jabatan atau agensi merancang tempat berkursus berdasarkan kepada kemudahan yang terdapat di IPN. Pihak IPN terbuka untuk menerima sebarang permohonan bagi tujuan tersebut.
Insha Allah, pihak IPN akan berterusan menyediakan latihan yang terancang untuk penjawat awam keseluruhannya dalam bidang perakaunan dan kewangan di samping menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai akauntan sektor awam profesional.
Selamat melayari Laman Web Rasmi Institut Perakaunan Negara.
Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani C.A.(M), CPA (AUST), CPFA (UK)
Pengarah
Institut Perakaunan Negara
Jabatan Akauntan Negara Malaysia